Sebutlah nama Allah dan lihatlah kebesaranNya

Pertukaran siang dan malam

Mengenai Saya

Foto saya
Untuk maklumat lanjut, hubungi: Tel. 016 688 7620

Senarai Blog Saya

  • #81 Susahnya nak solat - Mengapa kita rasa susah sangat nak solat? Dan mengapa kita rasa 'okey-okey' sahaja bila kita menginggalkan solat? Benda ni menyedihkan sebenarnya. Kita ber...
    7 tahun yang lalu
  • Auraaa...t - Aurat lelaki sering diremehkan Artikel Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu be...
    15 tahun yang lalu

♣ Foto Rumah Nabi

♣ Foto Rumah Nabi

Apakah anda sudah pernah melihat foto rumah Nabi, kamar Nabi dan Siti Khadijah, Mihrab Nabi, Kuburan ahli bait Nabi dan foto masjid Al Imam Ali Al-Oraidhi? Saya yakin anda belum pernah melihatnya. Foto foto ini sangat langka dan tidak mudah didapatkan. Alangkah untungnya anda bisa melihat di situs ini foto foto trb.

rumah-nabi1

rumah-nabi-21

bak-air-nabi

mihrab-nabi

pemakaman-kel-nabi

masjid-ali-al-uraidhi

KELUARAN TERBARU AL-QURAN TELEFON DENGAN BACAAN 7 QARI TERPILIH, DAPATKAN DARI PENGEDAR ANDA...


n


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kapan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kapan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kapan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

0 ulasan

Catat Ulasan

PAS Sepanjang Masa

Pengikut

penamaan calon prk bukit gantang

penamaan calon prk bukit gantang

anak yang tak perasan berapa umur dia...

anak yang tak perasan berapa umur dia...
TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA
Undur Depan

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :


1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

♣ Foto Perkampungan Kaum A’ad

“Foto Foto Perkampungan Kaum Aad di Dhafar (Umman)”

Untuk membaca kisah Nabi Hud as, dari Dhafar ke Hadramut silahkan klik

Dari Dhofar ke Hadramut

d-1

d-2

d-3

d-4

d5

d-6

d-7